Monday 25 July 2011

tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.....

Tajuk entry mama ni sesuai betul dengan pasangan ni kan. walaupon mama x berkenan sgt dgn dorang nih tp mama still nak wish congratulation coz dpt rezeki yang x disangka2 tur...okey lah mama x nak komen banyak sbb sebagai seorang perempuan, isteri dan ibu mama memahami sangat ape yg berlaku pd Abby Abadi....semoga tabah menghadapinya....




Pasangan kontroversi, Norman Hakim, 35, dan Memey Suhaiza, 23, bakal menerima tajaan penuh daripada jenama barangan kemas, Rafflesia bernilai RM12 Juta hanya untuk majlis perkahwinan mereka yang akan diadakan di Hotel Crowne Plaza Mutiara, pada 28 September hadapan.
Sebanyak enam penaja lain turut akan bekerjasama dengan Rafflesia iaitu Lord's Tailor, pendandan, Snips, Angsana Spa, Hotel Crowne Plaza dan jenama kasut terkenal, Jimmy Choo.Langsung tidak menjangka akan menerima tajaan sebanyak itu, Norman Hakim akui tidak menafikan apa yang diterimanya itu adalah hikmah setelah apa yang berlaku terhadap hubungannya dengan Memey sebelum ini.
"Terus-terang saya betul-betul speechless dengan apa yang saya terima ini. Kami hanya expected perkahwinan yang sederhana tetapi apa yang mereka bagi terutama Rafflesia sangat diluar jangkaan saya.
"Saya dapat banyangkan ianya akan menjadi seperti Wedding In Wonderland. Memang sesuatu yang sangat besar dan saya tak pernah terfikir pun. Mungkin ini rezeki dan hikmah yang telah pelbagai kontroversi dan masalah yang saya dan Memey lalui sebelum ini," kata bekas suami pelakon Abby Abadi.
Sementara itu, Memey pula memberitahu mererka sebelum ini hanya bercadang untuk membuat sebuah majlis sahaja di Kota Tinggi, Johor dan tidak sama sekali menyangka akan menerima tawaran penajaan untuk resepsi kedua yang lebih besar.
"Pada asalnya kami hanya mahu membuat satu majlis bersanding sahaja di rumah saya di Kota Tinggi Johor. Yang mana kami akan bernikah pada 24 September dan bersanding pada 25 September ini.
"Namun tiba-tiba kami didatangi oleh Bill Bora sendiri yang menyatakan hasratnya untuk mengadakan majlis khas untuk resepsi kami di Kuala Lumpur. Setelah berbincang, kami pun tidak menolaknya dan terus bersetuju.
"Mungkin ini rezeki perkahwinan kami. Saya hanya menerimanya sebagai satu penghargaan besar daripada mereka. Saya bersyukur sangat dengan perjalanan hubungan kami walaupun telah diduga dengan pelbagai kontroversi sebelum ini," jelas Memey yang ditemui dalam satu sidang media yang berlangsung di Hotel Crowne Plaza, petang semalam.

Selain Bill Bora, Nazrul Nazaruddin dari Nas Great Idea adalah dua orang yang bertindak sebagai perunding perkahwinan Norman dan Memey yang bertemakan New York Look pada hari respsi kelak.

10 Fakta Menarik Resepsi Perkahwinan Mewah Memey & Norman Hakim:
  1. Sebanyak 7 biji lori bunga Ros segar akan digunakan untuk menghiasi seluruh dewan Mutiara, Hotel Crowne Plaza, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur khas untuk majlis respsi tersebut.
  2. Memey artis pertama yang memakai kasut yang direka khas oleh pereka kasut terkenal, Professor Dr. Jimmy Choo. Kasut yang dierka khas hanya untuk persandingan Memey itu bernilai RM300 000 sepasang.
  3. Memey akan mengenakan dua persalinan bertahtakan permata dari barang kemas terkenal, Rafflesia pada majlisnya itu. Setiap persalinan yang direka khas untuinya itu bernilai RM500 000 keatas. Apa yang pasti, persalinannya itu lebih mahal daripada baju perkahwinan penyanyi tersohor Negara, Dato Siti Nurhaliza Tarudin yang hanya bernilai RM400 000.
  4. Sebanyak dua set barang kemas akan direka khas oleh Rafflesia untuk Memey pada hari resepsinya nanti. Setiap set barang kemas yang terdiri daripada rantai, cincin dan anting-anting itu bernilai RM2.8 juta.
  5. Dianggarkan keseluruhan kos dekorasi dan persiapan majlis resepsi di dewan tersebut berjumlah RM150 000.
  6. Seramai enam hingga lapan orang artis termasuk artis luar Negara dijangka akan membuat persembahan sempena majlis respsi mereka.
  7. Penaja utama majlis respsi Memey dan Norman iaitu barang kemas Rafflesia menganggarkan kos keseluruhan menguruskan majlis respsi tersebut adalah sebanyak RM12 Juta.
  8. Penaja venue majlis respsi, Hotel Crowne Plaza menjanjikan layanan bertaraf lima bintang untuk majlis resepsi Norman dan Memey.
  9. Dijangka seramai 80 hingga 100 artis akan diundang untuk memeriahkan majlis respsi mereka. Selain rakan artis turut diundang adalah rakan media. Hanya 200 tetamu yang dijangka hadir pada hari tersebut.
  10. Selain barang kemas Rafflesia menjadi sebagai penaja utama majlis resepsi bertemakan New York Look pada 28 Spetember hadapan, Norman dan Memey turut mendapat tajaan dari pendandan, Snips, pusat rawatan, Spa Angsana, jenama terkenal kasut, Jimmy Choo, Hotel Crowne Plaza, pusat penjahit baju terkenal, Lord's Tailor dan banyak lagi.
                                                                                                                                 Sumber:murai.com

1 comments:

dwatyKNY said...

rezeki... dah ada yang nak sponsor.. terima jer la kan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink