Thursday 19 April 2012

Pesanan ulama' kepada wanita

Pesanan ulama terhadap para wanita :
  1. Solat di awal waktu
  2. Membaca Al Qur'an secara istiqamah
  3. Ta'lim wa ta'allum
  4. Mendidik anak secara sunnah
  5. Hidup sederhana
  6. Menutup aurat secara sempurna
  7. Melayani suami dengan baik
  8. Mendorong suami dan muhrim untuk keluar di jalan ALLAH swt


  1. Solat Di Awal Waktu :
    1. Berwudhu' sebelum adzan.
    2. Mendorong suami, saudara lelaki, anak lelaki, bapa untuk solat berjama'ah di Masjid/Surau.
    3. Meninggalkan semua kegiatan waktu azan dilaungkan.
    4. Memperbanyak solat-solat sunat (Rawatib, Isyraq, Dhuha, Tasbih, Awwabin, Tahajud, Witir dll).
  2. Membaca Al Qur'an dan Zikir Pagi Petang secara Istiqomah :
  • Mengusahakan membaca 1 juzu' setiap hari bagi yang sudah lancar membaca dan 3 juzu' setiap hari bagi yang hafizah (huffaz Qur'an).
  • Membaca surah As-Sajadah dan Al-Mulk di antara Maghrib dan Isya' (banyak fadhilat).
  • Membaca surat Yasin pagi dan petang.
  • Membaca Al-Waqi'ah sebelum tidur.
  • Membaca surat Ad-Dukhan setiap hari.
  • Membaca Tasbih Fatimah , Selawat, dan Istighfar masing-masing 100 kali di waktu setelah solat Subuh dan setelah solat Asar.
3. Ta'lim wa Ta'lum :
  • Hadiri ta'lim mingguan secara Istiqomah di morhala/halqoh dengan dibawa mahram.
  • Menghidupkan ta'lim secara istiqomah setiap hari di rumah (seafdalnya selepas Subuh).
  • Menceritakan kisah para Nabi dan para Sahabat r.anhum dengan cara yang mudah difahami oleh anak sebelum tidur.
  • Mengajarkan cara Solat, cara berpakaian secara Sunnah, dan sunnah-sunnah Nabi saw yang mulia dalam keseharian (adab makan, adab tidur, adab belajar, adab berjalan (safar), adab istinja', dll).
4. Mendidik anak Secara Sunnah :
  • Memperkenalkan sunnah kepada anak sejak seawal mungkin (dari kecil).
  • Mendidik mereka adab-adab, doa-doa Nabi saw, cara bergaul dll.
  • Beri contoh dengan contoh yang baik dari orang yang telah berjaya dunia akhirat (akhlak dll).
  • Mendidik solat ketika usia 7 tahun dan membiasakannya untuk Solat 5 waktu dan Solat-solat sunat.
5. Hidup dengan Pola Sederhana :
  • Kita harus mencontoh kehidupan Rasulullah saw & para Sahabat r.anhum yang sederhana.
  • Jangan sembarangan membelanjakan harta suami secara berlebih-lebihan dan tidak tepat.
  • Mesyuarat untuk setiap pengeluaran (sebelum beli barang supaya Syaitan tidak hasut dalam urusan jual beli kita).
  • Belanja menurut keperluan bukan memenuhi keinginan nafsu.
  • Mengatur kewangan keluarga.
6. Menutup Aurat secara Sempurna :
  • Aurat wanita di luar solat seluruh tubuhnya harus di tutup secara sempurna ketika keluar rumah dan ditemani dengan mahramnya.
  • Jangan jadi fitnah dunia & dajjal ketika berada di luar rumah.
  • Sentiasa amal tutup aurat ketika memasak, mengajar anak-anak dll (supaya boleh membiasakan diri).
7. Melayani Suami :
  • Mempersiapkan semua keperluan suami sebelum diminta.
  • Mengurus rumah dengan bersih dan rapi.
  • Mencuci baju, memasak, dll.
  • Diam ketika suami berbicara.
  • Mengantar suami apabila mahu keluar rumah.
  • Berhias / rapi / bersih / wangi / seksi di hadapan suami.
  • Memakai wangi-wangian yang disukai suami.
  • Memelihara bau mulut.
  • Menawarkan diri ketika mahu tidur.
8. Mendorong Suami dan Mahram untuk Keluar di Jalan ALLAH swt :
  • Mengingatkan dan menyiapkan keperluan mereka (bedding, kitab-kitab, pakaian dll)
  • Mengorbankan segala yang ada untuk dibawa.
  • Amal Muzakarah Iman di rumah.
  • Pastikan rumah di hijab dengan langsir yang tebal supaya tidak mudah diintai.


p/s: sharing is caring....

3 comments:

mimie.. said...

tq for sharing!

sangat2 berguna info ni ^_^

Rina Ellisa said...

tQ follow kite sis.. :)

Info ni pon best.. *tetiba tak sabar nak wawen.. Ngeh Ngeh :PP

Unknown said...

mOst welcOme dear:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink