Saturday 31 August 2013

Hepi Merdeka Day^_^

Assalamualaikum.....

Selamat menyambut hari merdeka ke 56 buat semua rakyat Malaysia. Moga negara kite terus maju n aman makmur.... :)

Nak tepek gambo Firas with his toys. Penat sgt main sensorang akhirnya tertdo...huhu




- Posted using BlogPress from my iPad

Thursday 29 August 2013

Hari pertama Firas di rumah BS


Assalamualaikum....

Hari ni hari pertama Firas duk umah pengasuh. Masa nak hantar tu dlm kepala mcm2 pk. Yg paling risau sekali takut dia x nk botol. Tp alhamdulillah lega sgt bila pengasuh bgtau Firas sgt behave. Pandai isap botol..padahal klu kt rumah dia tolak botol! Agaknya dia paham mummy dia nak work, x nk susahkn hati mummy...tq baby Firas! Mummy syg kamu ketat2 okeh^_^... Barula senang hati mummy nak masuk keje nextweek...:)

Baru sehari hantar rumah pengasuh, dah rindu bangat dgn budak bambam ni. Abg rayyan pun x abis2 suh mummy cepat2 amek adik dia. Suh tinggal ngan adik x mau plak. Ermm hari isnin ni kompemla ade adegan mengamuk dr abgrayyan...dia dah lama x pegi umah pengasuh.mummy cuti 3bulan dia pun tumpang sekaki..heheh


My lil hero..chenta hati mummy n ddy^_^


Breastfeeding : Tips menyimpan susu perahan

Assalamualaikum....

Hari ni mommy nak share pasal cara penyimpanan susu perahan dengan betul. Nak kena paham betul2 ni. Nampak mudah kan tapi kalau kite tak ambil berat boleh merosakkan susu yg kite perah tu. sayang kan kalau dah rosak....peringatan untuk diri mommy jugak^_^

Mommy copy info ni dari blog
http://ummirdinacong.blogspot.com



Cara Menyimpan Perahan Susu Ibu


1) Menyimpan Susu Ibu:
  • Botol susu kecil amat sesuai digunakan.
  • Bekas kedap udara daripada gelas atau plastik yang keras dan tahan dalam peti sejukbeku termasuklah bekas dadih.
  • Bag sejuk beku khas untuk susu ibu juga boleh digunakan, terdapat jenama Medela, Avent, Gerber, Playtex.
  • Jangan menggunakan plastik aiskrim kerana ia tidak bersih dan boleh merosakkan susu.
2) Membersihkan Bekas Penyimpanan:

  • Basuh bekas menyimpan susu dalam air panas bersabun dan bilas dengan air panas.
  • Biarkan bekas kering di tempat yang bersih.
  • Anda juga boleh mensteril bekas dengan menggunakan tablet sterile yang dijual di kedai bayi atau farmasi.
3) Panduan Menyimpan Susu Ibu:
  • Sejukkan susu dalam masa 1 jam selepas diperah.
  • {mosimage}Labelkan bekas dengan tarikh dan masa perahan.
  • Simpan susu dalam kuantiti kecil (2-4 oz) dalam setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.
  • Sejukkan susu yang baru diperah dahulu sebelum mencampurkannya dengan susu yang sudah sedia sejuk.
  • Jangan isi susu terlalu penuh di dalam bekasnya, tinggalkan 1 inci untuk susu mengembang semasa proses sejukbeku.
*Jika bayi anda tidak cukup bulan atau ditahan di wad, minta nasihat jururawat tentang cara yang sepatutnya anda gunakan untuk menyimpan susu dan membersihkan bekas menyimpan susu.

4) Ketahanan susu ibu bergantung kepada cara bagaimana ia disimpan:

  • Suhu bilik, atas 25°C: 4-6 jam
  • Bekas penyejuk (Cooler, icepack): 12-24 jam
  • Peti sejuk 1 pintu:
           -bahagian fridge 4°C: 7 hari
           -bahagian freezer -15°C: 2 minggu
  • Peti sejuk 2 pintu
           -bahagian fridge, 4°C: 5 hari
           -bahagian freezer, -18°C hingga -20°C: 3-6 bulan
  • Deep freezer -20°C: 6 bulan
Penting!
  • Susu ibu hendaklah disejukkan jika ia tidak digunakan dalam masa 4-6 jam selepas diperah.
  • Tempatkan bekas susu di bahagian paling sejuk peti ais (jauh daripada pintu).
  • Jika telah melampaui masa simpanan, jangan sayang untuk membuangnya.
5) Menyahbeku Susu Ibu:
  • {mosimage}Susu ibu yang asalnya beku dan telah dicairkan, boleh digunakan dalam masa 24 jam jika disimpan di dalam peti ais.
  • Susu ini tidak boleh dibekukan semula selepas dicairkan.
  • Semak tarikh pada bekas penyimpanan. Gunakan susu yang lama dahulu.
  • Nyahbekukan susu beku dengan meletakkannya di bahagian fridge selama 4 jam atau
  • Lalukan bekas susu yang beku tadi di bawah air paip yang sejuk. Setelah ia mula cair, lalukan atau rendam dalam air suam pula untuk terus mencairkannya.
  • Jangan cairkan pada suhu bilik. Suamkan susu tadi dengan merendamkannya di dalam mangkuk yang berisi air panas.
  • Jangan mencairkan atau memanaskan susu di dalam ketuhar gelombang mikro, oven atau di atas api.
6) Panduan Memberi Susu Ibu:
  • Goncang perlahan susu yang telah suam dan rasa kepanasannya dengan tangan anda sebelum menggunakannya.
  • Pegang bayi semasa memberinya susu perahan.
  • Jadikan penyusuan menyeronokkan; bercakap dan senyum dengan bayi.
  • Sendawakan bayi selepas memberi susu perahan.
  • Gunakan susu ini dalam masa 1 jam. Buang selebihnya.

Anda boleh amalkan doa di bawah yer semasa sesi mengepam... Sambil berusaha membuat stok susu sambil berdoa untuk yang terbaik bagi anak kita. Sebagai umat islam doa adalah senjata untuk memberi kita lebih kekuatan & semangat terus berjuang. InsyaAllah...



Fully BF : Persediaan mental dan fizikal

1:50 am....

Mommy masih berjaga...tgh gigih mengepam.huhu
Kena rajinkan diri mengepam sbb next week dah masuk keje.
Bagi mommy bila kita pilih fully bf. seharusnya mental n fizikal kena kuat. Sentiasa berfikiran positif. Tapi mmy selalu risaukan satu benda ni...(takut susu x ckup) 
Sebenarnya tak bolehkan pk mcm tu tkut susu terjejas. Selalu jugak ckp pd diri insyaAllah cukup, yakin pd diri...

Ya Allah semoga aku mampu beri yang terbaik buat anak2 ku. Berilah aku peluang utk memberi susu badan pd anak2ku. Sesungguhnya hanya padaMu aku memohon dan berdoa.amin

P/s: sok nak hantar Firas duk umah pengasuh. Harap2 dia nakla minum susu pkai botol.


Cmnerla firas duk umah pengasuh besok...uwaaa nak nanges dah ni :(


Tuesday 27 August 2013

Firas pun dapat hadiah^_^

Assalamualaikum.....

Masa besday abang rayyan ritu, baby Firas pon dapat hadiah dari paklong dia aka abang mommy..alhamdulillah bertambah koleksi bju Firas.hehe.... Klu uolls nak tau baju firas byk dah sendat2 okeh. Dah tak boleh pakai size 3-6 bulan dah. Cepat jer tak muat.huhuhu...semangat betul badan si Firas nih^_^....


Tq paklong! 



Haaa tengok tu bju size 3-6 bulan dah sendat! Hahaha....tak padan dgn umur dia^_^



Sunday 25 August 2013

Majlis Hari Jadi Abang Rayyan^_^

Assalamualaikum....

Sekarang ni nak update blog mesti buat lepas anak2 dah tdo. Baru aman rasenyer nak menaip. Waktu malam adalah yg terbaek.betul tak? Hehe....amboi mentang2 la tgh cuti bersalin kan.bolehla nak berjaga tgh malam update blog.klu dah koje besok kompemla tdo awai kan. Lgi2 ade baby. Kang bangun nak menyusu lak..hurm takpelah pandai2 la curik masa kan :P

Okeh nak story pasal besday abang rayyan. Mommy buat semalam kat rumah. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. Thanks kepada semua sedare mara n kawan2 yg datang bg hadiah n duet raya :)

Menu utama utk majlis tu mommy hidangkan soto, sate dan rendang..soto n rendang mommy masak sendiri..risau jgk nk bg org makan.takut tak sedap.heheh.almaklumlah bukan teror masak pun.huhu...soto tu kali ke2 mommy masak..sebenarnya risau jugak tak sempat nak masak kan dengan ade baby lagi. Tapi syukur sgt2 baby firas tak buat hal. Baik je dia...:)

Jom layan gambar sepanjang majlis :)





















Thursday 22 August 2013

Birthday boy 22/8/2013

Assalamualaikum....

Sementara anak2 tgh tdo nih baik cpt2 update blog kan...dah jaga nti ape pon x leh wat. Si abg kompemla mencari ipad dia ni. Kekadang sampai gadoh2 ngan mommy.heheh...aptb.

Nak story kat uolls hari ni besday abgrayyan! ^_^. Alhamdulillah dah 3 tahun pun si abg. Cepat betul masa berlalu. Rasenyer baru semalam beranakkan dia :)

Mommy doakan abg sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat, moga menjadi anak yang soleh, beriman dan berjaya di dunia & akhirat. Moga jadi seorang abg yg sayang adik2nya dan bertanggungjawab. Mommy, daddy dan adik Firas sayang abang rayyan okeh ^_^....

Dah janji dengan dia nak belikan kek. So bincang dgn hubby nak wat majlis kecik2 utk dia. Kebetulan dalam bulan syawal ni sekali la dgn openhouse. Insyaallah nak buat hari sabtu ni. Pada kawan2 blogger jemputlah datang ye :)....



Wednesday 21 August 2013

Salam Aidilfitri dari kami sekeluarga^_^

Assalamualaikum.... Bulan syawal dah hampir melabuhkan tirainya baru lah nampak batang hidung tuan punyer blog nih..huhu. Dah ade anak dua ni makin bz lak mommy ni tau. Bz melayan ragam ank2. Poning den dibuatnya.haha..oklah jom layan gambar masa raya aritu...tak banyak pon. Gambar byk amek pakai camera. X smpt lg nk transfer ke ipad. :)



Salam Aidilfitri dari kami sekeluarga..Maaf Zahir&Batin^_^


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink