Wednesday, 26 September 2012

Tupperware Use and Care


Salam all, kat cni mummy nak share pasal info berkenaan penggunaan & penjagaan produk Tupperware. maybe ramai dah tau sbb kat luar sana mostly mummy rase ramai yg pakai Tupperware nih. betul tak? terutama ibu2 kat luar sana kan? produk yg bagus mesti ramai yg suke kann? ^_^....tapi takpe la mummy nak share jugak.Sharing is Caring kann.huhuhu
 
 Tupperware Brands product are guaranteed of a lifetime of service with minimum care.
So guys, do check it out!
 


Oke di bawah ni ade 4 jenis kemusnahan yg dicover oleh Tupperware.


Yang kat bawah ni pulak yg tak dicover oleh Tupperware

 
P/s: mummy salah seorang peminat tupperware. kalau sesiapa yg berminat nak beli tupperware blh je pm me :)

Monday, 24 September 2012

::Pertama kali kena SEMPUT::


As salam & Selamat Petang...

Pagi tadi Allah berikan sedikit ujian untuk mummy. Terima kasih Ya Allah kerana Kau masih sayangkan hambaMu ini. Pertama kali diserang SEMPUT..Terasa payah sekali nak bernafas. Nafas yang sangkut2 diselang seli dengan bunyi. Tak henti2 berdoa agar tiada apa yg berlaku. Memandangkan semput yg makin teruk, husband buat keputusan pegi Hospital jam 5.00 pagi. Sampai sana, terus amek gas, buat X-tray & amek darah. Doc suspek TB sebab mummy batuk terlalu lama. dekat 2 bulan kot.

Hasil keputusan X-tray(paru2 bengkak), result darah: ok. Alhamdulillah bukan TB. Tapi paru2 bengkak tu agak merisaukan mummy. mudah mudahan mummy cepat sembuh. kawan2 tolong doakan mummy ye.

Ya Allah, Aku bersyukur masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumiMu ini.

Friday, 21 September 2012

Ececehhh...Fareeda la sangat:P


Hari ni mummy pakai tudung Fareeda:)).....mummy bknla peminat Fareeda sgt tp mmg diakui tdung ni sgt cntik okeh.lg cntik klu sesuai dgn bentuk muke seseorang tu....lg satu disebabkn rege dia yg mhl tu cam x mampu je kan.hihihi....yg mummy pakai ni la satu2nya ada tau.hehe....just nk tny pen dapat u olls sesuai ke tdung ni dgn mummy???......klu sesuai nk rembat lg sehelai dua.haha tetibe:P

Tapi kan tudung bawal jugakla yg berkenan dihati mummy..murah pun murah kan:P


My lil hero....Luv u damn much!!!


Thursday, 20 September 2012

Kejadian bunuh diri di quarters Presint 9, Putrajaya

As salam......
Dah lama rasanya tak update blog. Alasan yg sama. huhuhuuu...
Okeylah nak share pasal kejadian malam tadi. Kejadian yg sangat menggemparkan! Ade orang bunuh diri kat area umah mummy!!! woo woo....gempar kan:P

KEjadian berlaku di tingkat 15. mummy dok tngkt 2, w/pon jauh tp still atas rumah mummy! sgt takut okeh! biler husbnd bgtau, meremang terus bulu roma. cpt2 tgk kat bawah. mmg ramai orang la kt bwh tu. dgn polis bagai. kebetulan polis tgh masukkan mayat dalam jip polis. adehhh, terbayang2 sampai skang...

Ape yang menyedihkan orang yg bunuh diri tu orang Islam, Melayu. Gadis berumur 27thn, masih bujang ditemui mati oleh rakan serumahnya. wah dah mcm pembaca berita lak.huhuhuu :P....mukanya ditutup dengan plastik. macam kes bunuh lak kan.

Dengar cerita punca bunuh diri disebabkan tekanan perasaan. Ermm, sedih memikirkan orang kite yg mudah hilang pertimbangan. tapi wallahualam. tak tahu ape sebenarnya yg terjadi kat gadis malang tu sampai dia bunuh diri. hanya dia dan Allah yang tahu.

P/s : Semoga kite dijauhkan dengan kejadian2 seperti ini. tekanan perasaan yg melampau blh membuatkan kite hilang pertimbangan. mohonla bantuan dari Yang Maha Esa. InsyaAllah kita akan jumpa ketenangan melaluiNya. segala masalah ada jalan penyelesaiannya. peringatan untuk diri sendiri juge.





Friday, 7 September 2012

Salam Jumaat Yang Indah

Semoga hari ini membawa kebahagiaan, keceriaan, kebaikan kita semua. Jika kita terima sesuatu yg tidak baik, percayalah Allah hanya menduga kita semampunya.....



Tuesday, 4 September 2012

::Puas makan GCB! ::

Selamat petang bloggers..
hari ni mmg puas dpt mkn GCB.huhuhu. mcm org preggy jer. mengidam mcm2. ntahla ek, sejak 2 menjak nih. teringin nak mkn segala mcm.hehe. ramai kawan2 tny dah ade isi ke? hurmm...sememangnye mummy+daddy tgh planning pon ^_^. tapi tula lom ade rezeki nampaknye....doa2kanla untuk kami berdua ye..amin :)


p/s : w/pun puas dpt mkn tp still nk mkn lg! haa camner tu.adehh :P

~posing2 di hari lebaran~

tak abis lagi pasal raya..huhu. raya kan sebulan :P
jom layan picca2 my lil hero yg sakan beraye! :D






peace style rayyan :)



bersama sepupu rayyan



Monday, 3 September 2012

~Besday Rayyan 2thn^_^~

Salam Isnin...
Baru masuk opis. pagi tadi bwk rayyan ke klinik utk checkup 2thn. dah besar ank mummy tp still ajk daddy temankn ke klinik.huhuhu. bukan ngade2 tau tapi mummy x leh control si kecik tu. lagila skrg ni dia btul2 tgh aktif. seminit tak diam okeh.huhu.

22 Ogos 2012 Rayyan genap 2thn. Selamat Hari lahir Sayang. Mummy & daddy sayang Rayyan! Doa mummy utk Rayyan : Semoga sentiasa berada di dalam lindungan Allah. Semoga membesar dengan sihat & bijak. Semoga Rayyan membesar sebagai seorang anak yg soleh, beriman, bertanggungjawab terhadap keluarga, agama, bangsa & negara..amin.mudah mudahan ye sayang :)

Besday dia kali ni kitorng buat kt kg sebab kebetulan jatuh pada hari ke-4 Syawal. Ahli keluarga pun ramai lagi yg bercuti. Majlis buat secara sederhana aje:)....tu pun plan last minit. semuanya mummy buat sorang2 sbb daddy dah blik kl masa tu. Raya ke-3 dia dah start keje.huhu. kelam kabut gakla nk wat preparation tu. walaupun jemputan ahli keluarga jer tp x nk la wat cincai je kan. nasib baik ade adik mummy tlg jd driver. 2 hari berturut2 pegi town. ke sana ke mari. pegi kedai kek sampai 3-4 kedai. huhu..

Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. yg paling hepi mestilah orang yg diraikan. suke sangat dia sbb ramai orang. :)


kek besday. sgt colourful :)


sesi tiup lilin


cousin wish besday kt rayyan


sesi bukak hadiah. thanks pd atok&wan, family paklong, family makngah, family mokde, paksu & keluarga mentua di ats kehadiran anda & hadiah yg diberi :)




sesi makan









thanks daddy. hadiah ni btul2 surprise :)


da dpt beskal, suh mkn pun x nk dah.huhu


anak sedare yg sgt comel. hai baby haziq :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink