SEGMEN PERTAMA
Kongsikan pengalaman berharga anda mengenai kehidupan indah seorang ibu. Apakah momen yang paling bermakna dalam hidup anda.
Anak mama adalah 'nyawa' mama yang telah melengkapkan kehidupan mama sebagai seorang wanita yang sempurna...Pengalaman yang mama lalui sebagai seorang ibu adalah memori yang paling indah dan tidak akan pernah dapat mama lupakan seumur hidup mama.Rayyan adalah buah hati, bunga cinta, penyeri, jiwa, penguat dan pelengkap kehidupan mama & papa. Senyuman dan gelak tawanya adalah penawar kedukaan dan kesakitan mama....Setiap peristiwa dan detik masa bersamanya adalah 'diari' berharga dalam kehidupan mama.Sakit rayyan sakit jugalah mama.Tangisannya meluluhkan jiwa raga mama. Anak mama adalah tonggak kehidupan mama & papa. Muhammad Aqil Rayyan adalah segalanya bagi mama.
Kelahiran rayyan di saat usia perkahwinan mama & papa masih mentah kerana kami sebaya. Boleh dikira masih muda dalam melayari kehidupan berumahtangga. Namun berita kehadiranmu dalam rahim mama begitu mengujakan semua orang dalam family kita. Perasaan mama ketika itu bercampur baur antara gembira, terkejut dan 'excited'..sesuatu yang sukar digambarkan dengan kata2. Mama hanya mampu bersujud syukur diatas rezeki yg Allah beri.
11 bulan telah berlalu. kini anak mama sudah semakin membesar. pejam celik dah setahun pun. begitu cepat masa yg berlalu.
Doa mama membesarlah sebagai seorang umat islam yg beriman, berpegang teguh pada ajaranNya. Jgn sesekali membiarkan dirimu jauh terpesong dari jalan Allah..Amin
0 comments:
Post a Comment