Wednesday, 12 December 2012

12.12.12

Tarikh yg cntik..rata2 hari ni ramai yg post berkenan tarikh ni kan. Mummy pun x nk ketinggalan la jgk..w/pun x de ape yg spesel pun berlaku ari ni. Tarikh anniversary bln lps, besday bln 10. Hubby lgla jauh bln 2.abg rayyan bln 8...kecuali ade satu yg insyaAllh klu diizinkan Allah akn berlaku ari ni..my bos tgh menunggu isterinya bersalin..harap2 deliver ari ni.mmg cantikla tarikhnyer....^_^
Kepada my bos, semoga dipermudahkan segala urusan dan dapat baby yg comel...:)

Monday, 10 December 2012

Weekend@Ikea

Ngantuk lak ptg2 ni kan...
Sbtu lps kami ke Ikea, saje nk cuci2 mata..tp biaselah bila dah smpi sana bkn stkt cuci2 mata lagi...abis semua benda nak diborong..huhu. Abg rayyan lak buat mcm ikea tu mcm umh dia jer..bkn main suka dia berlari ke sana kemari...hUrmm mak pak dia yg pening...:D


abg rayyan yg aktif. 


dia naik ats katil pulak...semua katil dia naik.


amboi2...ni bkn rumah kite ye syg


alamak bapaknye pun lebey kurang jer..tgh berangan bestnye klu umh aku mcm ni..heheh

Blog dah siap di edit^_^


Dah bosan dengan yg lama haruslah tukar yg baru. betul tak? huhu..barulah ade semangat nak hapdate blog. tak gitu..kali ni mummy mintak blog Cik Rose Cute untuk edit blog mummy. tq ye kak. barulah nmpk ceria blog mummy ni^_~


Hai..lepas ni harap2 rajinla mummy hapdate ye. bukan ape, keadaan persekitaran kat opis ni yg membuatkan mummy susah nak bkak blog. yg jadi susah tu sbb bos sebilik dgn mummy. korang paham2 jelah kan klu dah satu bilik ni. mummy bkak fb pun kena sound. apatah lagi klu ngadap blog lama2.huhu..aptb

Wednesday, 5 December 2012

Setelah sebulan bercuti


Akhirnya mummy kembali bekerja..huhuhu
Mummy amek cuti tanpa gaji selama sebulan. hari ni dah masuk hari ke 3 mummy keje. hurmm, dah lama cuti ni mood nak keje pun hilang. Alhamdulillah kesihatan mummy dah bertambah baik. takde lagi morning sickness. pening ckit2 tu biasela kan.

Selama sebulan mummy cuti, mummy bertapa di kampung. huhu. abg rayyan suke la sbb nenek dia suka melayan dia. syukur sangat my mom n MIL byk membantu dlm proses pemulihan ni. kalau ikutkan mmg stress sangat sebab dlm keadaan mummy yg morning sickness ni tak mampu nak jaga abg rayyan dgn baik. mane taknye alahan mummy sangat teruk. boleh dikatakan sepanjang masa pening+muntah. nak uruskan diri sendiri pun mmy tak mampu. mmg stress sgt masa tu. tapi alhamdulillah semua tu dah berlalu. mummy bersyukur sgt keadaan mummy dah bertambah baik. mmg risau sgt klu alahan berterusan. macammane lah mmy nak keje, nak jaga anak lagi.

Moga kesihatan mummy bertambah baik. Insyaallah ^_^

notakaki: banyak yg mummy nak cerita pasal abg rayyan yg semakin byk akal & byk ckp. nantilah biler mood betul2 mari.huhu. thanks jugak pada yg sudi menjenguk belog mummy ni:)

Wednesday, 31 October 2012

This is the right choice???


Assalamualaikum & selamat petang...

Mummy nak ambil sedikit masa untuk update blog sebelom lelapkan mata. Nak share dengan blogger2 semua ttg masalah yg membelenggu ni. Tension biler pk tp nak x nk kena pk jugak..sebenarnya mummy plan nak amek cuti tanpa gaji selama sebulan....sebab nak cuti kalah morning sickness yg makin teruk..plus demam lagi.makin tak berdaya:(

Cuti rehat lak dah x de, mummy pon dah x dibenarkan amek mc....kire mcm dah teruk la mummy ni kan..So itu jela jalan yg mummy nampak yg boleh selesai kan masalah mummy ni. 

Okeh dah tak boleh nak menaip lagi dah....kepala dah start pening.tekak dah loya.kompemla muntah jap lagi:(

P/s: Moga keputusan ku ini keputusan yg betul

Wednesday, 24 October 2012

Selamat Menyambut Hari Raya Korban^_^


Assalamualaikum & selamat petang...

Dah petang baru nak hapdate.sabor jela kan :P
okeh hari ni last day mummy bekerja. sok cuti! horayy! ^_^
suke ko kan, padahal tak balik kg pon.waaa sedihnyaa :(

Sebenarnya besok still keje tapi last minit pengasuh bagitau besok dia nak half day. ermm, bile pk2 baik amek cuti terus sebab kat opis mummy susah nak halfday. nak bawak rayyan pegi opis mmg taklah sebab mak buyong ni dah tak larat nak melayan ragam dia. so better amek cuti. senang hati. nak sepah ke tunggang terbalik ke, gasak kau lah anak.huhu

Raya Haji tahun ni mummy beraye di Klang, umah abang ipar. family mentua semua berkumpul kat sana. lepas makan2 terus gerak balik kg kat sabak bernam. beraye lah kat sana sampai ari ahad. harap2 badan ni larat la nak berjalan sana sini.

Okeh la mummy nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam di dunia. khasnya untuk rakan2 alam maya. Semoga kita dapat menghayati dengan lebih mendalam makna pengorbanan. Ade yang wat korban ke tahun ni???....^_^



pic : google



Tuesday, 23 October 2012

::Tips tangani Morning Sickness::


Salam semua...

Pagi ni mummy masih dalam keadaan morning sickness. pening kepala & loya2. tapi masih gagahkan badan ni pegi keje. ape nak buat. cuti dah tinggal 4hari. masih ade 2 bulan lagi untuk tahun ni. Ya Allah berikanlah aku kesihatan yang baik untuk meneruskan hari2 yang mendatang. kalau ikutkan hati ni nak je amek cuti tanpa gaji. tapi kawan2 nasihat supaya pikir dengan panjang. sebab cuti tanpa gaji akan memberi kesan pada perkhidmatan kite nanti. mummy akan sedaya upaya untuk bertahan..Yeah! chaiyok2!^_^

Dalam keadaan macam ni, semestinya keje2 kat opis terbengkalai.huhu. ade keje tapi buat2 x de keje. boleh tak macam tu? huhu...ade jugak bos mengamuk nanti. mintak maap la bos, mmg tak boleh buat ape kalau dah kena morning sickness nih. ala bos pun mesti paham kan, wife bos pun tgh pregnant kan? ^_^....So sama2 lah kite bertolak ansur ye.hehehe

Okey lah tadi mummy ade google pasal tips nak tangani morning sickness. mummy nak share la dengan korang2 semua. mummy jumpa dekat blog Perihal Kehamilan


10 tips tangani "Morning Sickness"

Apabila menyebut tentang kehamilan, ramai yang akan mengaitkannya dengan "morning sickness" atau rasa mual dan muntah-muntah pada waktu pagi (adakalanya ia berlaku di sebelah petang dan malam! Tetapi tetap dipanggil "morning sickness"). Hal ini biasanya berlaku sebaik sahaja bangun dari tidur dan akan reda menjelang petang, ini adalah perkara normal yang berlaku pada kira-kira 3/4 wanita yang hamil pada trimester pertama kerana perubahan hormon si ibu.

Apa yang boleh anda lakukan untuk mengelakkan rasa mual dan muntah-muntah?
  • Banyakkan meminum air suam. Air yang mencukupi dalam badan akan mengelakkan anda mual dan muntah, selain elok untuk anda dan bayi anda. Anda juga akan terlepas dari masalah dihidrasi!
  • Elakkan dari lapar. Pastikan anda membawa biskut (handy pack) atau roti setiap masa. Makan 1-2 jam sekali bagi mengelakkan perut kosong. Perut yang kosong akan membuatkan morning sickness anda bertambah teruk.
  • Elakkan diri dari sebarang tekanan. Dapatkan rehat yg cukup bagi memastikan anda lebih bertenaga dan bersemangat keesokkan harinya. 
  • Elakkan dari berada di tempat-tempat yang panas. Tempat yang panas akan mengakibatkan anda lebih cepat berasa haus dan letih. Pastikan anda berada di tempat-tempat yang sejuk.
  • Tidur pada posisi yang selesa bagi memastikan anda tidak sakit pinggang dan belakang.
  • Sebaik sahaja bangun dari tidur, pastikan anda memakan dua keping biskut masin dan minum air suam atau air buah. Kemudian anda boleh juga makan tembikai dan bau sedikit lemon bagi mengelakkan rasa mual.
  • Makan dengan jumlah yang sedikit, tetapi kerap. Hal ini bagi mengelakkan anda merasa mual sepanjang hari.
  • Elakkan dari duduk sepanjang hari di depan komputer. Pastikan mata anda juga mendapat rehat yang cukup. Jika anda perlu duduk lama di depan komputer, pastikan anda meluangkan masa 5-10 minit untuk melakukan sebarang regangan atau senaman ringan.
  • Elak makanan yang terlalu berminyak dan bau yg boleh menyebabkan anda muntah. Halia, teh dan rempah ratus boleh mengelakkan dari mual dan muntah. Tambahkan halia dan rempah ratus di dalam makanan anda atau minum secawan teh! Minum sup ayam halia sebelum tidur tentu akan menjadikan badan anda segar keesokkan harinya
  • Fikirkan sesuatu yang memberikan anda ketenangan. Contohnya, fikirkan wajah bayi comel anda dan saat bersamanya nanti tentu anda akan berasa tenang.

pic: google

Mengandung kali ke-2 ni mummy mmg suke makan buah buahan ni. So stok buah memang kena ade dalam fridge...huhu

P/s: sambil2 taip entry ni sambil makan 2 keping roti. untuk elak daripada lapar^_^


Monday, 22 October 2012

::Mengidam Durian Crepe::


Hari ni mummy BW blog kawan2 semuanya cite pasal 'Durian Crepe'....terus teruja nak tau ape benda alahnyer.huhu. rupe2nya sejenis desert. ramai yg ckp sedap. mummy lak first time dengar.kesian kan:P...biler tgk gambar durian tu haissh mmg rase nak cube jer.tgk kaler dia pon cukupla.cantik sangat...mulela tekak ni dah terliur2 nak makan aka mengidam.huhu.

pic: google

Thanks pada blogger CikMot sebab buat post pasal dessert ni n bagi nama fb orang yang buat tu. terus saya order 3 bungkus tau.hihi

P/s: tak sabar nak makan. ari rabu ni dia hantar ke putrjya:)

 


Friday, 19 October 2012

::Morning Sickness::


Assalamualaikum & Salam Jumaat...

Semalam mummy MC lagi.hukhuk...ape nak buat. klu dok opis pon bukan buat keje kan.So, mc jelah :P. Dalam 2 minggu ni dah 3x mummy amek MC..mujurla doctor baik hati nak bagi MC kan. nak harap CR mmg x dapatla. cuti pun dah x de.huhu..morning sickness kali ni mmg x sama dgn yg first pregnant dulu...kali ni just pening n loya jer tapi dia punye pening tu masyaAllah sangat2 sakit k. sampai nak bukak mata pun macam x sanggup jer. teruk kan.huhu

Mummy harap sangat morning sickness ni tak berpanjangan. tak larat kot nak hadap hari2. Yes, mummy tau nilah dugaan orang preggy kan.hanya mampu berdoa & bersabar. Eh, macam tak pernah pregnant je kan :P..Yela w/pon dah prnh preggy tapi of coz tak sama dia punye feel..:)

Di saat ini, sangat2 memerlukan benda alah ni :P


P/s: Pray for me ye kawan2. moga cepat baik dari mabuk pegnen nih.hehe

Wednesday, 17 October 2012

Alhamdulillah....+VE^_^


Assalamualaikum & selamat petang :)

Mummy nak share berita gembira dengan bloggers semua. Alhamdulillah mummy pregnant for second baby^_~... Syukur sangat2. Ape yang mummy & husband hajatkan dimakbulkan. Terima kasih Ya Allah diatas kurniaan ini. So, abang rayyan bakal dapat adiklah.hehe..x taula mcmmane reaksi dia biler dah ade adik nanti. harap2 dia hepi dengan kehadiran orang baru. jangan dia buli adik dia sudahla.huhu.

Kandungan baru 5weeks. baru sangat lagi. doc advise jgn angkat yg berat, banyakkan rehat. cuma boleh berharap tiada apa yang berlaku sebab Rayyan semakin banyak ragam dia sejak nak dapat adik ni. hari-hari kena dukung dia.huhu. memang memerlukan kesabaran yang tinggi. kekadang tu rasa nak marah dia sangat tapi cepat2 mummy istighfar. tapi ade juga yg terlepas. siyes mmg menyesal habis. mulela mummy lak yg menangis lepas tu:(

Di awal kehamilan ni kompemla ade morning sickness tapi taklah seteruk mengandungkan rayyan dulu. cuma pening kepala je. tak taula sbb slh mkn ke ape.sekarang pon still pening kepala tapi x de sampai muntah2...yang kelakar masa mula2 dapat tau tu husbnd mummy yang kena morning sickness. teruk gakla sampai x boleh bgn. terbaring jer. sampaikan makan pun suh mummy suapkan.adehh sampai macam tu sekali.hehe


pic: google

P/s: semoga mummy & baby sihat2 sahaja hendaknya...aminn :)


Monday, 1 October 2012

Menggayakan Fareeda....^_~


Salam Isnin....
Ade yg still Monday blues ker?....Kenape la eh asal ari isnin jer mood nak keje 0%..hihihihii. Dahsyat tol penangan Monday blues ni kan:P...okeylah pagi2 ni saje tayang gmbr yg Syok Sendiri nih..hehe. Fareeda mmg terbaekk dan sgt gojess okeh..:D

Wednesday, 26 September 2012

Tupperware Use and Care


Salam all, kat cni mummy nak share pasal info berkenaan penggunaan & penjagaan produk Tupperware. maybe ramai dah tau sbb kat luar sana mostly mummy rase ramai yg pakai Tupperware nih. betul tak? terutama ibu2 kat luar sana kan? produk yg bagus mesti ramai yg suke kann? ^_^....tapi takpe la mummy nak share jugak.Sharing is Caring kann.huhuhu
 
 Tupperware Brands product are guaranteed of a lifetime of service with minimum care.
So guys, do check it out!
 


Oke di bawah ni ade 4 jenis kemusnahan yg dicover oleh Tupperware.


Yang kat bawah ni pulak yg tak dicover oleh Tupperware

 
P/s: mummy salah seorang peminat tupperware. kalau sesiapa yg berminat nak beli tupperware blh je pm me :)

Monday, 24 September 2012

::Pertama kali kena SEMPUT::


As salam & Selamat Petang...

Pagi tadi Allah berikan sedikit ujian untuk mummy. Terima kasih Ya Allah kerana Kau masih sayangkan hambaMu ini. Pertama kali diserang SEMPUT..Terasa payah sekali nak bernafas. Nafas yang sangkut2 diselang seli dengan bunyi. Tak henti2 berdoa agar tiada apa yg berlaku. Memandangkan semput yg makin teruk, husband buat keputusan pegi Hospital jam 5.00 pagi. Sampai sana, terus amek gas, buat X-tray & amek darah. Doc suspek TB sebab mummy batuk terlalu lama. dekat 2 bulan kot.

Hasil keputusan X-tray(paru2 bengkak), result darah: ok. Alhamdulillah bukan TB. Tapi paru2 bengkak tu agak merisaukan mummy. mudah mudahan mummy cepat sembuh. kawan2 tolong doakan mummy ye.

Ya Allah, Aku bersyukur masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumiMu ini.

Friday, 21 September 2012

Ececehhh...Fareeda la sangat:P


Hari ni mummy pakai tudung Fareeda:)).....mummy bknla peminat Fareeda sgt tp mmg diakui tdung ni sgt cntik okeh.lg cntik klu sesuai dgn bentuk muke seseorang tu....lg satu disebabkn rege dia yg mhl tu cam x mampu je kan.hihihi....yg mummy pakai ni la satu2nya ada tau.hehe....just nk tny pen dapat u olls sesuai ke tdung ni dgn mummy???......klu sesuai nk rembat lg sehelai dua.haha tetibe:P

Tapi kan tudung bawal jugakla yg berkenan dihati mummy..murah pun murah kan:P


My lil hero....Luv u damn much!!!


Thursday, 20 September 2012

Kejadian bunuh diri di quarters Presint 9, Putrajaya

As salam......
Dah lama rasanya tak update blog. Alasan yg sama. huhuhuuu...
Okeylah nak share pasal kejadian malam tadi. Kejadian yg sangat menggemparkan! Ade orang bunuh diri kat area umah mummy!!! woo woo....gempar kan:P

KEjadian berlaku di tingkat 15. mummy dok tngkt 2, w/pon jauh tp still atas rumah mummy! sgt takut okeh! biler husbnd bgtau, meremang terus bulu roma. cpt2 tgk kat bawah. mmg ramai orang la kt bwh tu. dgn polis bagai. kebetulan polis tgh masukkan mayat dalam jip polis. adehhh, terbayang2 sampai skang...

Ape yang menyedihkan orang yg bunuh diri tu orang Islam, Melayu. Gadis berumur 27thn, masih bujang ditemui mati oleh rakan serumahnya. wah dah mcm pembaca berita lak.huhuhuu :P....mukanya ditutup dengan plastik. macam kes bunuh lak kan.

Dengar cerita punca bunuh diri disebabkan tekanan perasaan. Ermm, sedih memikirkan orang kite yg mudah hilang pertimbangan. tapi wallahualam. tak tahu ape sebenarnya yg terjadi kat gadis malang tu sampai dia bunuh diri. hanya dia dan Allah yang tahu.

P/s : Semoga kite dijauhkan dengan kejadian2 seperti ini. tekanan perasaan yg melampau blh membuatkan kite hilang pertimbangan. mohonla bantuan dari Yang Maha Esa. InsyaAllah kita akan jumpa ketenangan melaluiNya. segala masalah ada jalan penyelesaiannya. peringatan untuk diri sendiri juge.





Friday, 7 September 2012

Salam Jumaat Yang Indah

Semoga hari ini membawa kebahagiaan, keceriaan, kebaikan kita semua. Jika kita terima sesuatu yg tidak baik, percayalah Allah hanya menduga kita semampunya.....



Tuesday, 4 September 2012

::Puas makan GCB! ::

Selamat petang bloggers..
hari ni mmg puas dpt mkn GCB.huhuhu. mcm org preggy jer. mengidam mcm2. ntahla ek, sejak 2 menjak nih. teringin nak mkn segala mcm.hehe. ramai kawan2 tny dah ade isi ke? hurmm...sememangnye mummy+daddy tgh planning pon ^_^. tapi tula lom ade rezeki nampaknye....doa2kanla untuk kami berdua ye..amin :)


p/s : w/pun puas dpt mkn tp still nk mkn lg! haa camner tu.adehh :P

~posing2 di hari lebaran~

tak abis lagi pasal raya..huhu. raya kan sebulan :P
jom layan picca2 my lil hero yg sakan beraye! :D






peace style rayyan :)



bersama sepupu rayyan



Monday, 3 September 2012

~Besday Rayyan 2thn^_^~

Salam Isnin...
Baru masuk opis. pagi tadi bwk rayyan ke klinik utk checkup 2thn. dah besar ank mummy tp still ajk daddy temankn ke klinik.huhuhu. bukan ngade2 tau tapi mummy x leh control si kecik tu. lagila skrg ni dia btul2 tgh aktif. seminit tak diam okeh.huhu.

22 Ogos 2012 Rayyan genap 2thn. Selamat Hari lahir Sayang. Mummy & daddy sayang Rayyan! Doa mummy utk Rayyan : Semoga sentiasa berada di dalam lindungan Allah. Semoga membesar dengan sihat & bijak. Semoga Rayyan membesar sebagai seorang anak yg soleh, beriman, bertanggungjawab terhadap keluarga, agama, bangsa & negara..amin.mudah mudahan ye sayang :)

Besday dia kali ni kitorng buat kt kg sebab kebetulan jatuh pada hari ke-4 Syawal. Ahli keluarga pun ramai lagi yg bercuti. Majlis buat secara sederhana aje:)....tu pun plan last minit. semuanya mummy buat sorang2 sbb daddy dah blik kl masa tu. Raya ke-3 dia dah start keje.huhu. kelam kabut gakla nk wat preparation tu. walaupun jemputan ahli keluarga jer tp x nk la wat cincai je kan. nasib baik ade adik mummy tlg jd driver. 2 hari berturut2 pegi town. ke sana ke mari. pegi kedai kek sampai 3-4 kedai. huhu..

Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. yg paling hepi mestilah orang yg diraikan. suke sangat dia sbb ramai orang. :)


kek besday. sgt colourful :)


sesi tiup lilin


cousin wish besday kt rayyan


sesi bukak hadiah. thanks pd atok&wan, family paklong, family makngah, family mokde, paksu & keluarga mentua di ats kehadiran anda & hadiah yg diberi :)




sesi makan









thanks daddy. hadiah ni btul2 surprise :)


da dpt beskal, suh mkn pun x nk dah.huhu


anak sedare yg sgt comel. hai baby haziq :)


Thursday, 30 August 2012

Selamat Menyambut Kemerdekaan Malaysia Ke-55 Tahun


Besok kite akan meyambut hari kebebasan negara kita Malaysia yg ke 55 tahun. Semoga kita menjadi bangsa yg berdaulat, makmur, dan sepakat. Bukan sahaja negara kita yg perlu bebas dari penjajah, tapi jiwa, pemikiran, segala2nya perlu bebas dari anasir2 luar.

Selamat menyambut hari kemerdekaan 55 tahun Malaysia.




~Picca2 hari lebaran 2012~


Tahun ni mummy beraye di rumah mentua. Alhamdulillah sgt meriah sbb keluarga belah daddy ramai. kebetulan semua adik beradik dia semua balik. Rayyan yg paling hepi sbb ramai orang layan dia. tahun ni tahun pertama gak rayyan pegang bunga api. ermm sakan sgt main sampai jari dia terkena bunga api. tp still x serik. selagi x dpt selagi tula dia akn menangis. haissh ank mummy ni. sabo jelaaaa.huhu. Alhamdulillah jari dia da ok dah. ok x nak membebel dah...jom layannnn


My hero:)


sempat lagi posing^_^


bersama ipar duai


rayyan tgh meragam..cbok nk ajk mummy main bunga api.huhu


keluarga besar daddy...ni pun x cukup korum lg. :)


with kakak ipar


menu wajib family daddy aka menu org jawa : ketupat daun kelapa+daging masak palembang+sambal goreng jawa+pecal

sejujurnya me x reti nk mkn benda2 ni kecuali ketupat.huhuhu


preparation utk orang bara'an


orang2 bara'an dah sedang menjamu selera


p/s: Bara'an adalah bahasa jawa bermaksud orang yg balik dr semayang raya akn trus berkunjung dr satu rumah ke satu rumah. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink