Salam semua...
Pagi ni mummy masih dalam keadaan morning sickness. pening kepala & loya2. tapi masih gagahkan badan ni pegi keje. ape nak buat. cuti dah tinggal 4hari. masih ade 2 bulan lagi untuk tahun ni. Ya Allah berikanlah aku kesihatan yang baik untuk meneruskan hari2 yang mendatang. kalau ikutkan hati ni nak je amek cuti tanpa gaji. tapi kawan2 nasihat supaya pikir dengan panjang. sebab cuti tanpa gaji akan memberi kesan pada perkhidmatan kite nanti. mummy akan sedaya upaya untuk bertahan..Yeah! chaiyok2!^_^
Dalam keadaan macam ni, semestinya keje2 kat opis terbengkalai.huhu. ade keje tapi buat2 x de keje. boleh tak macam tu? huhu...ade jugak bos mengamuk nanti. mintak maap la bos, mmg tak boleh buat ape kalau dah kena morning sickness nih. ala bos pun mesti paham kan, wife bos pun tgh pregnant kan? ^_^....So sama2 lah kite bertolak ansur ye.hehehe
Okey lah tadi mummy ade google pasal tips nak tangani morning sickness. mummy nak share la dengan korang2 semua. mummy jumpa dekat blog Perihal Kehamilan
10 tips tangani "Morning Sickness"
Apabila menyebut tentang kehamilan, ramai yang akan mengaitkannya dengan "morning sickness" atau rasa mual dan muntah-muntah pada waktu pagi (adakalanya ia berlaku di sebelah petang dan malam! Tetapi tetap dipanggil "morning sickness"). Hal ini biasanya berlaku sebaik sahaja bangun dari tidur dan akan reda menjelang petang, ini adalah perkara normal yang berlaku pada kira-kira 3/4 wanita yang hamil pada trimester pertama kerana perubahan hormon si ibu.
Apa yang boleh anda lakukan untuk mengelakkan rasa mual dan muntah-muntah?
- Banyakkan meminum air suam. Air yang mencukupi dalam badan akan mengelakkan anda mual dan muntah, selain elok untuk anda dan bayi anda. Anda juga akan terlepas dari masalah dihidrasi!
- Elakkan dari lapar. Pastikan anda membawa biskut (handy pack) atau roti setiap masa. Makan 1-2 jam sekali bagi mengelakkan perut kosong. Perut yang kosong akan membuatkan morning sickness anda bertambah teruk.
- Elakkan diri dari sebarang tekanan. Dapatkan rehat yg cukup bagi memastikan anda lebih bertenaga dan bersemangat keesokkan harinya.
- Elakkan dari berada di tempat-tempat yang panas. Tempat yang panas akan mengakibatkan anda lebih cepat berasa haus dan letih. Pastikan anda berada di tempat-tempat yang sejuk.
- Tidur pada posisi yang selesa bagi memastikan anda tidak sakit pinggang dan belakang.
- Sebaik sahaja bangun dari tidur, pastikan anda memakan dua keping biskut masin dan minum air suam atau air buah. Kemudian anda boleh juga makan tembikai dan bau sedikit lemon bagi mengelakkan rasa mual.
- Makan dengan jumlah yang sedikit, tetapi kerap. Hal ini bagi mengelakkan anda merasa mual sepanjang hari.
- Elakkan dari duduk sepanjang hari di depan komputer. Pastikan mata anda juga mendapat rehat yang cukup. Jika anda perlu duduk lama di depan komputer, pastikan anda meluangkan masa 5-10 minit untuk melakukan sebarang regangan atau senaman ringan.
- Elak makanan yang terlalu berminyak dan bau yg boleh menyebabkan anda muntah. Halia, teh dan rempah ratus boleh mengelakkan dari mual dan muntah. Tambahkan halia dan rempah ratus di dalam makanan anda atau minum secawan teh! Minum sup ayam halia sebelum tidur tentu akan menjadikan badan anda segar keesokkan harinya
- Fikirkan sesuatu yang memberikan anda ketenangan. Contohnya, fikirkan wajah bayi comel anda dan saat bersamanya nanti tentu anda akan berasa tenang.
pic: google
Mengandung kali ke-2 ni mummy mmg suke makan buah buahan ni. So stok buah memang kena ade dalam fridge...huhu
P/s: sambil2 taip entry ni sambil makan 2 keping roti. untuk elak daripada lapar^_^
0 comments:
Post a Comment