As salam & Selamat Petang...
Pagi tadi Allah berikan sedikit ujian untuk mummy. Terima kasih Ya Allah kerana Kau masih sayangkan hambaMu ini. Pertama kali diserang SEMPUT..Terasa payah sekali nak bernafas. Nafas yang sangkut2 diselang seli dengan bunyi. Tak henti2 berdoa agar tiada apa yg berlaku. Memandangkan semput yg makin teruk, husband buat keputusan pegi Hospital jam 5.00 pagi. Sampai sana, terus amek gas, buat X-tray & amek darah. Doc suspek TB sebab mummy batuk terlalu lama. dekat 2 bulan kot.
Hasil keputusan X-tray(paru2 bengkak), result darah: ok. Alhamdulillah bukan TB. Tapi paru2 bengkak tu agak merisaukan mummy. mudah mudahan mummy cepat sembuh. kawan2 tolong doakan mummy ye.
Ya Allah, Aku bersyukur masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumiMu ini.
“Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada mereka yang sabar. (yaitu) orang-orang yang ketika ditimpa musibah, mereka berkata “Inna lillahi wa inna ilaihirojiun” – sesungguhnnya kami milik Allah dan kepadaNya kami kembali. [Surah Al-Baqarah, 155- 156]
P/s: Buat Suamiku, terima kasih atas pertolonganmu..masa mummy semput sempat lagi bergurau. "Nak kena wat CPR ke?"^_^
P/s: Buat Suamiku, terima kasih atas pertolonganmu..masa mummy semput sempat lagi bergurau. "Nak kena wat CPR ke?"^_^
0 comments:
Post a Comment