Tuesday 28 May 2013

Pergimu Tak Kembali....Al Fatihah


Allahuakbar.........
Di saat mummy tgh sarat mengandung ni dapat berita yg menyedihkan.
Tanggal 23 mei 2013 jam 7.10 pagi, sahabat baik mummy aka blogger Kakmaz telah pergi ke rahmatullah.
Arwah juga merupakan rakan sepejabat mummy. berita ni benar2 buat mummy terpukul.
Sampai sekarang mummy dok teringat kat dia. Arwah seorang yang sangat baik dan mummy banyak belajar dengan dia. Sungguh tak sangka dia akan pergi secepat ini.

Mummy sempat pegi melawat sehari sebelum dia meninggal. masa tu mmg dia dah kritikal dan tak sedarkan diri. dia mengidap kanser ovari stage4. sedih sangat tgk keadaan dia.
Semoga suami & anak2nya tabah menghadapi dugaan ini.



kenangan bersama arwah

Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati..bila tiba masanya tiada siapa yang dapat menghalangnya..Salam Takziah buat keluarga Abg Dura..semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yang mendapat rahmat dan kasih sayang Allah..semoga tenang di alam sana…amin

notakaki:berjujuran air mata ni mengenangkan si anak yg masih kecil.

Friday 17 May 2013

Contraction ke ni???


Salam Jumaat...
Petang semalam balik keje mmy cam biaselah rehatkan badan kejap. penat kot seharian keje.
Dengan keadaan mmy yg dah 9 bulan ni tanpa suami disisi lak tu.
Husbnd mmy outstation 3 hari kat PD. memang sedihla dah sarat2 mcm ni hubby lak x de :(
Mmg tawakal jela mintak x de pape berlaku kan.
Tapi petang tu mmy rase contaction yg kerap n sakit.selang 5-10 minit mesti perut mengeras. mmy dah mula risau. dahla daddy x de. nak g hospital pun takkan nak bawak abg rayyan lak.
Dalam hati asyik berdoa je jgnla bersalin time hubby x de. risau sgt2. x putus2 mmy pujuk baby.
Mmy kol hubby bgtau pasal keadaan mmy. hubby pun risau je. takut mmy dah nak bersalin. cepat2 dia kol adik dia suh datang tgk2 kan mmy.
lama juga contraction tu sampai ke pagi tadi la. mlm tadi pun mmy x boleh tdo sgt sbb perut asyik mengeras je. kalau boleh mmy tak nak pegi hospital lagi sebab klu ikut due 8/6 ni. selagi tak de kuar tanda darah atau pecah ketuban. rase sakit pun x dela kuat sangat. sakit sikit2 je. tu kire contraction ke eh? tapi alhamdulillah la sampai ke pagi ni mmy x de rase sakit yg teruk. tapi perut still mengeras.
Agak2 kena g hospital ke? risau jugak ni...
Pagi ni mmy still masuk opis cam biasa. abg rayyan pun dah hantar kt pengasuh.
Harap2 sempatla hubby balik. tak sanggup nak lalui sorang2 :(
Kawan2 doakan mummy ye. moga dipermudahkan segalanya.amin

Thursday 16 May 2013

9 bulan ^_^


As salam....
Minggu ni cukupla mmy 9 bulan @ 36weeks.
Perasaan sgt berdebar2 walaupun ni kali ke-2 preggy.
Mudah mudahan dipermudahkan proses bersalin nanti. amin


nak jugak tepek gambar mak buyong ni kan..ehehee

Friday 10 May 2013

Panggilan interview naik pangkat^_^


Alhamdulillah...
Mummy dapat panggilan interview naik pangkat.
Harap2 ade la rezeki baby kali ni.
Dah 3x pegi interview nek pangkat ni tp lom ade rezeki nak dapat.huhu
Tapi mummy risau gak ni sbb tarikh interview dekat dgn due date.
Nampaknya kena pujuk baby jgn kuar awl la. bagi can mummy g interview dulu.heheh
Mudah mudahan sempatla pegi kan.
Tak nak terlalu berharap. kalau ade rezeki insyaallah dapat. kalau tak de tu maknanya x de rezeki la kan. maybe rezeki kat tempat lain...:)



kawan2 ade tak yg dapat panggilan sama macam mummy? Agak2 ape la yg penemuduga tu akan tanya kan. harap2 penemuduga tu tak tanya soalan2 killer kat mummy. kotla dia kesian tgk mak buyong yg tgh sarat ni kan....ehehee :P

Thursday 9 May 2013

Berpantang dengan Set Bersalin Tanamera^_^


As salam....
Lama sungguh mak buyong ni menyepi kan.
Ok la nak bgtau mak buyong ni dah makin hampir nak bersalin.ehehe
Alhamdulillah now dah 36weeks. semuanya dalam keadaan baik.
Tak sabar lak nak tgk my 2nd hero ni. agak2 muka dia macam abang dia ke tak eh? ^_^

Kali ni mummy berpantang dengan set bersalin Tanamera. Mummy tgk kat tenet ramai yg guna produk ni. dan yg paling bestnyer produk ni bukan berasaskan jamu. itu yang penting sbb mummy mmg x suke makan jamu2 nih.huhu....excited nak guna produk ni. moga2 perjalanan berpantang mummy berjalan dengan lancar^_^...Agak2 leh kurus tak lepas pantang nanti? Kite nantikan sama2 ye...ehehe :P


Set Bersalin Tanamera

Mummy akan review setiap produk yg ade dalam set ni bila dah pakai nanti. skrg x blhla sbb lom bersalin pun lagi.huhu..^_^

Pssssttt....harap2 berbaloi la pelaburan mummy ni. set ni harga dia RM360. mahal tuuu.hehehe ( berkira sungguh mummy ni kan.hahaha ). jenuh explain kat hubby pasal produk ni.konon2 produk ni mmg terbaikla. punyela nak suh hubby belikan.hahaha

Friday 3 May 2013

time for Big Apple^_^

salam jumaat...
Jom layan Big Apple dulu..:-)

Published with Blogger-droid v2.0.10
Published with Blogger-droid v2.0.10
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink