Tuesday, 28 May 2013

Pergimu Tak Kembali....Al Fatihah


Allahuakbar.........
Di saat mummy tgh sarat mengandung ni dapat berita yg menyedihkan.
Tanggal 23 mei 2013 jam 7.10 pagi, sahabat baik mummy aka blogger Kakmaz telah pergi ke rahmatullah.
Arwah juga merupakan rakan sepejabat mummy. berita ni benar2 buat mummy terpukul.
Sampai sekarang mummy dok teringat kat dia. Arwah seorang yang sangat baik dan mummy banyak belajar dengan dia. Sungguh tak sangka dia akan pergi secepat ini.

Mummy sempat pegi melawat sehari sebelum dia meninggal. masa tu mmg dia dah kritikal dan tak sedarkan diri. dia mengidap kanser ovari stage4. sedih sangat tgk keadaan dia.
Semoga suami & anak2nya tabah menghadapi dugaan ini.



kenangan bersama arwah

Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati..bila tiba masanya tiada siapa yang dapat menghalangnya..Salam Takziah buat keluarga Abg Dura..semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yang mendapat rahmat dan kasih sayang Allah..semoga tenang di alam sana…amin

notakaki:berjujuran air mata ni mengenangkan si anak yg masih kecil.

2 comments:

Ann Ishak said...

salam takziah buat keluarga arwah

Adlin Mohamad said...

al fatihah , bila tgk gambar family arwah terus air mata jatuh terpandanga anak2 arwah ..semoga keluarga arwah tabah mengharungi dugaan ni ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink