Wednesday 31 October 2012

This is the right choice???


Assalamualaikum & selamat petang...

Mummy nak ambil sedikit masa untuk update blog sebelom lelapkan mata. Nak share dengan blogger2 semua ttg masalah yg membelenggu ni. Tension biler pk tp nak x nk kena pk jugak..sebenarnya mummy plan nak amek cuti tanpa gaji selama sebulan....sebab nak cuti kalah morning sickness yg makin teruk..plus demam lagi.makin tak berdaya:(

Cuti rehat lak dah x de, mummy pon dah x dibenarkan amek mc....kire mcm dah teruk la mummy ni kan..So itu jela jalan yg mummy nampak yg boleh selesai kan masalah mummy ni. 

Okeh dah tak boleh nak menaip lagi dah....kepala dah start pening.tekak dah loya.kompemla muntah jap lagi:(

P/s: Moga keputusan ku ini keputusan yg betul

Wednesday 24 October 2012

Selamat Menyambut Hari Raya Korban^_^


Assalamualaikum & selamat petang...

Dah petang baru nak hapdate.sabor jela kan :P
okeh hari ni last day mummy bekerja. sok cuti! horayy! ^_^
suke ko kan, padahal tak balik kg pon.waaa sedihnyaa :(

Sebenarnya besok still keje tapi last minit pengasuh bagitau besok dia nak half day. ermm, bile pk2 baik amek cuti terus sebab kat opis mummy susah nak halfday. nak bawak rayyan pegi opis mmg taklah sebab mak buyong ni dah tak larat nak melayan ragam dia. so better amek cuti. senang hati. nak sepah ke tunggang terbalik ke, gasak kau lah anak.huhu

Raya Haji tahun ni mummy beraye di Klang, umah abang ipar. family mentua semua berkumpul kat sana. lepas makan2 terus gerak balik kg kat sabak bernam. beraye lah kat sana sampai ari ahad. harap2 badan ni larat la nak berjalan sana sini.

Okeh la mummy nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam di dunia. khasnya untuk rakan2 alam maya. Semoga kita dapat menghayati dengan lebih mendalam makna pengorbanan. Ade yang wat korban ke tahun ni???....^_^



pic : google



Tuesday 23 October 2012

::Tips tangani Morning Sickness::


Salam semua...

Pagi ni mummy masih dalam keadaan morning sickness. pening kepala & loya2. tapi masih gagahkan badan ni pegi keje. ape nak buat. cuti dah tinggal 4hari. masih ade 2 bulan lagi untuk tahun ni. Ya Allah berikanlah aku kesihatan yang baik untuk meneruskan hari2 yang mendatang. kalau ikutkan hati ni nak je amek cuti tanpa gaji. tapi kawan2 nasihat supaya pikir dengan panjang. sebab cuti tanpa gaji akan memberi kesan pada perkhidmatan kite nanti. mummy akan sedaya upaya untuk bertahan..Yeah! chaiyok2!^_^

Dalam keadaan macam ni, semestinya keje2 kat opis terbengkalai.huhu. ade keje tapi buat2 x de keje. boleh tak macam tu? huhu...ade jugak bos mengamuk nanti. mintak maap la bos, mmg tak boleh buat ape kalau dah kena morning sickness nih. ala bos pun mesti paham kan, wife bos pun tgh pregnant kan? ^_^....So sama2 lah kite bertolak ansur ye.hehehe

Okey lah tadi mummy ade google pasal tips nak tangani morning sickness. mummy nak share la dengan korang2 semua. mummy jumpa dekat blog Perihal Kehamilan


10 tips tangani "Morning Sickness"

Apabila menyebut tentang kehamilan, ramai yang akan mengaitkannya dengan "morning sickness" atau rasa mual dan muntah-muntah pada waktu pagi (adakalanya ia berlaku di sebelah petang dan malam! Tetapi tetap dipanggil "morning sickness"). Hal ini biasanya berlaku sebaik sahaja bangun dari tidur dan akan reda menjelang petang, ini adalah perkara normal yang berlaku pada kira-kira 3/4 wanita yang hamil pada trimester pertama kerana perubahan hormon si ibu.

Apa yang boleh anda lakukan untuk mengelakkan rasa mual dan muntah-muntah?
  • Banyakkan meminum air suam. Air yang mencukupi dalam badan akan mengelakkan anda mual dan muntah, selain elok untuk anda dan bayi anda. Anda juga akan terlepas dari masalah dihidrasi!
  • Elakkan dari lapar. Pastikan anda membawa biskut (handy pack) atau roti setiap masa. Makan 1-2 jam sekali bagi mengelakkan perut kosong. Perut yang kosong akan membuatkan morning sickness anda bertambah teruk.
  • Elakkan diri dari sebarang tekanan. Dapatkan rehat yg cukup bagi memastikan anda lebih bertenaga dan bersemangat keesokkan harinya. 
  • Elakkan dari berada di tempat-tempat yang panas. Tempat yang panas akan mengakibatkan anda lebih cepat berasa haus dan letih. Pastikan anda berada di tempat-tempat yang sejuk.
  • Tidur pada posisi yang selesa bagi memastikan anda tidak sakit pinggang dan belakang.
  • Sebaik sahaja bangun dari tidur, pastikan anda memakan dua keping biskut masin dan minum air suam atau air buah. Kemudian anda boleh juga makan tembikai dan bau sedikit lemon bagi mengelakkan rasa mual.
  • Makan dengan jumlah yang sedikit, tetapi kerap. Hal ini bagi mengelakkan anda merasa mual sepanjang hari.
  • Elakkan dari duduk sepanjang hari di depan komputer. Pastikan mata anda juga mendapat rehat yang cukup. Jika anda perlu duduk lama di depan komputer, pastikan anda meluangkan masa 5-10 minit untuk melakukan sebarang regangan atau senaman ringan.
  • Elak makanan yang terlalu berminyak dan bau yg boleh menyebabkan anda muntah. Halia, teh dan rempah ratus boleh mengelakkan dari mual dan muntah. Tambahkan halia dan rempah ratus di dalam makanan anda atau minum secawan teh! Minum sup ayam halia sebelum tidur tentu akan menjadikan badan anda segar keesokkan harinya
  • Fikirkan sesuatu yang memberikan anda ketenangan. Contohnya, fikirkan wajah bayi comel anda dan saat bersamanya nanti tentu anda akan berasa tenang.

pic: google

Mengandung kali ke-2 ni mummy mmg suke makan buah buahan ni. So stok buah memang kena ade dalam fridge...huhu

P/s: sambil2 taip entry ni sambil makan 2 keping roti. untuk elak daripada lapar^_^


Monday 22 October 2012

::Mengidam Durian Crepe::


Hari ni mummy BW blog kawan2 semuanya cite pasal 'Durian Crepe'....terus teruja nak tau ape benda alahnyer.huhu. rupe2nya sejenis desert. ramai yg ckp sedap. mummy lak first time dengar.kesian kan:P...biler tgk gambar durian tu haissh mmg rase nak cube jer.tgk kaler dia pon cukupla.cantik sangat...mulela tekak ni dah terliur2 nak makan aka mengidam.huhu.

pic: google

Thanks pada blogger CikMot sebab buat post pasal dessert ni n bagi nama fb orang yang buat tu. terus saya order 3 bungkus tau.hihi

P/s: tak sabar nak makan. ari rabu ni dia hantar ke putrjya:)

 


Friday 19 October 2012

::Morning Sickness::


Assalamualaikum & Salam Jumaat...

Semalam mummy MC lagi.hukhuk...ape nak buat. klu dok opis pon bukan buat keje kan.So, mc jelah :P. Dalam 2 minggu ni dah 3x mummy amek MC..mujurla doctor baik hati nak bagi MC kan. nak harap CR mmg x dapatla. cuti pun dah x de.huhu..morning sickness kali ni mmg x sama dgn yg first pregnant dulu...kali ni just pening n loya jer tapi dia punye pening tu masyaAllah sangat2 sakit k. sampai nak bukak mata pun macam x sanggup jer. teruk kan.huhu

Mummy harap sangat morning sickness ni tak berpanjangan. tak larat kot nak hadap hari2. Yes, mummy tau nilah dugaan orang preggy kan.hanya mampu berdoa & bersabar. Eh, macam tak pernah pregnant je kan :P..Yela w/pon dah prnh preggy tapi of coz tak sama dia punye feel..:)

Di saat ini, sangat2 memerlukan benda alah ni :P


P/s: Pray for me ye kawan2. moga cepat baik dari mabuk pegnen nih.hehe

Wednesday 17 October 2012

Alhamdulillah....+VE^_^


Assalamualaikum & selamat petang :)

Mummy nak share berita gembira dengan bloggers semua. Alhamdulillah mummy pregnant for second baby^_~... Syukur sangat2. Ape yang mummy & husband hajatkan dimakbulkan. Terima kasih Ya Allah diatas kurniaan ini. So, abang rayyan bakal dapat adiklah.hehe..x taula mcmmane reaksi dia biler dah ade adik nanti. harap2 dia hepi dengan kehadiran orang baru. jangan dia buli adik dia sudahla.huhu.

Kandungan baru 5weeks. baru sangat lagi. doc advise jgn angkat yg berat, banyakkan rehat. cuma boleh berharap tiada apa yang berlaku sebab Rayyan semakin banyak ragam dia sejak nak dapat adik ni. hari-hari kena dukung dia.huhu. memang memerlukan kesabaran yang tinggi. kekadang tu rasa nak marah dia sangat tapi cepat2 mummy istighfar. tapi ade juga yg terlepas. siyes mmg menyesal habis. mulela mummy lak yg menangis lepas tu:(

Di awal kehamilan ni kompemla ade morning sickness tapi taklah seteruk mengandungkan rayyan dulu. cuma pening kepala je. tak taula sbb slh mkn ke ape.sekarang pon still pening kepala tapi x de sampai muntah2...yang kelakar masa mula2 dapat tau tu husbnd mummy yang kena morning sickness. teruk gakla sampai x boleh bgn. terbaring jer. sampaikan makan pun suh mummy suapkan.adehh sampai macam tu sekali.hehe


pic: google

P/s: semoga mummy & baby sihat2 sahaja hendaknya...aminn :)


Monday 1 October 2012

Menggayakan Fareeda....^_~


Salam Isnin....
Ade yg still Monday blues ker?....Kenape la eh asal ari isnin jer mood nak keje 0%..hihihihii. Dahsyat tol penangan Monday blues ni kan:P...okeylah pagi2 ni saje tayang gmbr yg Syok Sendiri nih..hehe. Fareeda mmg terbaekk dan sgt gojess okeh..:D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink