Thursday, 26 September 2013

Sehari 16oz-20oz

Assalamualaikum.....

Breastfeeding Journey^_^

Dalam sehari mummy kena atau WAJIB pam sebanyak 16-20oz..nampakkan perkataan wajib tu huruf besar semua.huhuhu. Klu x dpt byk tu alamatnye baby firas kelaparan la kat umah BS kan.sian pulak kat si bambam tu kan :P

Klu uols nak tau mummy x simpan stok sangat. Klu ade pun tak banyak coz baby firas sgt kuat menyusu.klu time weekend tak sempat pun nak pam dia dah gelisah nak susu.tapi mummy still pam jugak time dia tdo.tkut susu kurang lak nti kan. Dapat ckit pun jadilah janji pam :)

Kat umah BS mummy bagi 4@5 botol susu yg setiap satunya 4oz..mmg kompem abis.mmg kuatla dia mnum susu. Haihh risau gak klu susu kurang. Mudah mudahan susu mummy sentiasa cukup utk firas. Hari2 doa supaya susu sentiasa ada...amin

Act mummy masih baru dalam dunia penyusuan susu ibu ni coz anak yg sulung tak berkesempatan nak bagi susu ibu sepenuhnya. Harap2 anak kedua ni dapatlah bagi kan. Tak sangka walaupun agak penat nak kena pump semua tu tapi mummy hepi n puas bler dapat berikan yg terbaik utk anak. Lagi2 bler time direct feeding. Memang syahdu tgk anak menyusu sambil bersembang dengan dia. Pengalaman yg sangat manis utk dikenang ^_^


Hasil pump di opis^_^








Syukur Alhamdulillah baby firas membesar dengan sihat..3months already^_^

1 comments:

アヌム said...

chaiyok2 mommy :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink