Peringatan bersama :)
Semoga dengan kedatangan Ma’al Hijrah ini, lahirkanlah hati-hati kita untuk mendekatkan diri kita dengan Allah s.w.t. Jika dahulunya solat-solat sunat itu satu keberatan bagi kita, maka kini bermulalah era baru dalam diri kita untuk melakukannya. Perlu diingati juga umur-umur kita sekarang ini dan di ikuti pula kita berada di akhir zaman untuk menuju ke alam abadi iaitu akhirat, maka lakukanlah solat-solat sunat untuk memantapkan lagi amalan-amalan kita terhadap Allah s.w.t. Bukan sekadar di permulaan tahun bersemangat tetapi longlai ketika di pertengahan dan penghujungnya. Oleh itu, hijrah-hijrahkanlah minda pemikiran kita agar dapat melahirkan umat yang betul-betul zuhud terhadap Allah s.w.t. InsyaAllah.
0 comments:
Post a Comment