Thursday 15 September 2011

SEGMEN KEDUA

SEGMEN KEDUA



Apakah harapan anda terhadap anak anda. Buat satu entry berbentuk surat menyatakan harapan dan impian anda untuk mereka.



Bercakap mengenai impian..pastinya semua ibu mahukan yang terbaik untuk setiap anak mereka.Setiap pencapaian dan perkembangan begitu dibanggakan.'Anak saya dah pandai membaca,' 'anak saya dah pandai menulis, 'anak saya dah pandai buat ini'.Malah ibu bapa mula merangka impian yang lebih besar pada masa depan anak-anak mereka.Doktor, peguam, cikgu, jurutera dan berbagai lagi jenis pekerjaan yang bagus-bagus.Itu lumrah kehidupan.Tiada manusia yang mahukan keburukan untuk anak mereka.Tiada ibubapa yang memikirkan keburukan tentang anak mereka.Semuanya mahukan yang tercantik, terindah dan terbaik dalam kanvas kehidupan anak-anak mereka.
 
Saya?sebagai seorang ibu, pastinya saya juga seperti mereka.Mengharapkan anak-anak saya berjaya tak kira walau apa pun bidang yang mereka ceburi. Pastinya saya mahukan anak saya berjaya di dunia & di akhirat kelak. Insyaallh..
 
Wahai Anakku Muhammad Aqil Rayyan
 
Ketahuilah wahai anakku. Mama sangat2 bersyukur dan berbangga melahirkan seorang putera sepertimu. Doa papa & mama sentiasa ada untuk mu. Mama inginkan anak mama lakukan sesuatu yang diimpikan dengan baik. Mama tidak mahu hidup Rayyan penuh dengan penyesalan. Mama yakin dan meletakkan sepenuh kepercayaan pada Rayyan. Mama pasti Rayyan tidak akan mengecewakan papa & mama. Rayyan anak yang baik, terima kasih kerana telah menjadi anak yang baik untuk papa & mama.

Rayyan,
Mama mengimpikan anak mama akan menjadi seorang anak yg soleh kerana anak yang soleh adalah jambatan ke syurga. Mama ingin mendidik anak mama menjadi orang yang beriman dan bertaqwa. Mama ingin menjadi orang yang paling hampir dan berada 24 jam denganmu supaya mama tahu ape yg berlaku pada anak mama.

Rayyan,
Harapan mama satu hari nanti biler rayyan dah berjaya, jgnlah lupakan mama & papa mu ini. Berbaktilah kepada orang tuamu ini. Semoga kita sama2 ke pintu syurga dan semoga segala perjalanan kita menuju kearah impian-impian tersebut dipermudahkan.Amin.


 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink