Friday, 4 November 2011

::Salam Aidil Adha::

Dikesempatan ini mama nak ucapkan
Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha buat semua kawan2 blogger.
Semoga ibadah korban yg dilaksana mendapat keberkatan. amin



PENGERTIAN HARI RAYA AIDIL ADHA

Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

1 comments:

Munnafendy said...

selamat hari raya aidiladha =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink